Showing posts with label Kualiti Tudung. Show all posts
Showing posts with label Kualiti Tudung. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

Awning Yang Sungguh Utuh..

Ni saya nak buktikan la sikit kan...keteguhan dan ke utuhan awning tudung yang saya jual ni...bukan nak menunjuk-nunjuk..tapi ini kisah benar..ramai pelanggan saya adalah pelanggan yang tetap. sekali beli nak lagi sebab awning tudung mmg terbentuk dengan canteeekkk selain kualiti jahitan dan corak serupa yang di butik terkenal..ni kira saya punyer first testing jugak la ni....

Mula-mula saya bentangkan awning serupa ini


Kemudian saya tindih dengan buku selama 5 minit.


Waaallaaaa.....awning tudung masih terbentuk dengan utuhnya walaupun tanpa digosok..pada hemat saya kalo kita gosok mesti lagi cantik...tengokla gambar ni..ni x iron ni tau...lepas angkat buku terus jek pakai...

Waahh..wahhh..wahhhh....HEBAK SUNGGUHHH AWNING TUDUNG CIK KINTAN...

Monday, October 5, 2009

Kualiti Jahitan

Kita bukak pulak topik kualiti jahitan. Tudung yang saya jual ni jahitan dia amat teliti sekali. Mmg setaraf dengan jenama terkenal...Di sini saya tunjukkan..bagaimana nak mengenali kualiti jahitan tudung yang kemas. Ianya amat berbeza sekali dengan kebanyakkan tudung di pasaran.

Jahitan pada awning adalah selari dan tidak bergulung bagi memastikan awning terbentuk kemas dan tidak menggelembung bila dipakai. Manakala kalo yang bisa dijual (sampel) jahitan dia kadang-kadang bergulung dan yang pasti jarak jahitan tu besar-besar dan mudah putus.


Jahitan luar pada tepi tudung adalah 2 jahitan. Manakala sampel pula dijahit 1 jahitan sahaja.


Jahitan dalam tepi pula adalah kelim tengah dengan kemasan yang tidak menampakkan urat benang kain. Sampel pula menunjukkan sebaliknya dengan kelim tepi yang bergulung dan timbul bila digosok.


Jahitan dalam awning pula ada 2 jahitan yang tidak kelihatan dari luar. Sampel pula hanye ada sati jahitan di bahagian dalam.

Jahitan kain keras adalah penuh hingga ke tepi dan bukan kain keras separuh seperti kebanyakkan tudung.


Pada tulang tengah tudung pula, jahitan adalah jahitan mati yang tidak akan merungkai kalo dipakai untuk jangka masa yang lama.